Teka Teki

SOKLAN POWER CERPK!

1. Piang Props ( 146 komen - from 5p to 60p )
3 wanita naik bot..srg dri new zelnd,srg dri indon,srg dri mlaysia...srg dri new zlnd mkn epal,,mkn sikit die buang,,n mkn lgi smpai puluh utir,,,wanita indon brtye nape ko mkn epal ko buang,,wanita new zld jwp..epal byk kat negeri aku,,wnita indon pulak,,isap rokok gudang garam,,hisap sikit die buang,,,sampai la ber kotak2..wanita new zeland bertye pada wanita indon..nape ko hisap ko buang,,jwp wanita indon rokok gudang byk kat negara aku....cuba teke ape yg di buat pada wanita malaysia..???????5p
( jwpn : wanita malaysia campak wanita indon dlm laut...wanita new zlnd bertaye..nape ko buang wanita indn...jwp kat negara aku ramai indon dah...hahahha.. )

2. Tinie Irwan ( 129 komen - from 2p to 60p )
ade 3 org wanita g interview..
1. ank dara
2. pmpuan ngandung
3. pmpuan ank 2
antara 3 ni, siapa yg akn dpt kje? 2p
( jwpn : org ngndung dpt kje 2 cOz dia ade ORANG DALAM )

KOLEKSI 100 SOKLAN - part 1

1. Norilah Abu Bakar
Tempat apa ini... ... peserta dia semua pakai uniform yang sama, selalu bertambah & tak akan berkurangan? 1p
( j : tanah perkuburan )

2. Tinie Irwan
kapal n duit 50sen mn berat? 1p
( j : duit 50 sen lebih berat coz lau campak ke laut duit confirm tenggelam n kapal x tenggelam..)

3. Mohd Zaki Muhamad
pe zizan akn buat klu johan ngejah awek ye???
( j : Zizan buat bodo jee...)

4. Norilah Abu Bakar
Buta apakah yang boleh nampak? 1p
( j : buta warna, buta hati & buta huruf )

5. Tinie Irwan
Ia bersembunyi di belakang katil.. Hanya keluar di tengah malam.. Tetapi AWAS ia akan muncul di depan lilin.. 1p
( j : Huruf L - katiL, maLam, Lilin )

6. Norilah Abu Bakar
Antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu, mana huruf yang boleh kahwin? 1p
( j : U & I )

7. Nor Azizah Ahmad
Ali bin Abu, Kambing bin apa?.1p
( j : kambing bin atang )

8. Norilah Abu Bakar
Ada seekor gajah dan seekor kancil,berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil meniti titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki, gajah pula patah apa? 1p
( j : patah balik )

9. Norilah Abu Bakar
Ada orang ni nak naik bas. Dia cuma ada 50 sen saja sedangkan tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi tempat tu? 2p
( j : wat muka seposen - 50 + 10 = 60 )

10. Awg Ngeebok
apakah kjadian yg brlaku didunia ini,setiap saat,minit,jam,hari dan smpai bile2...acu pk...5p tuk soklan ni.....hehe
( j : azan )

11. Norilah Abu Bakar
di sebuah tempat tu ada 5 buah rumah..mula2 rumah abu,pastu rumah bakar n rumah ali..depan lg rumah makcik tijah n yang satu lg kedai paklong busu..dalam banyak2 orang kat atas ada sorang yg paling jahat...agak2 sape? 2p
( j : abu - sbb abu bakar ali )

12. Zang Aming
Tahun berapakah gambar fotografi pertama didunia dibangunkan? 3p
( j : 1826 oleh Joseph Nicephore Niepce dari Perancis )

13. Sejati Nya
Dalam 1 perlumbaan kete..... terdpt byk kete,antaranya.. wira,kancil,saga,bmw,ferrari... soalannya...kete mane paling laju dan menang..2p
( j : kete hok duk dpn la laju )

14. Sejati Nya
Kampung hok paling tua di kelantan....sape tau? 3p..
( j : kg. tok uban )

15. Zang Aming
Kau bawah, aku atas. aku bagi, kau ambil, kau sakit, aku lega... 3p..
( j : pancing ikan )

16. Zang Aming
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam utk separuh masa? 5p
( j : Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 biji bola = minit. )

17. Nor Azizah Ahmad
kalau sorang, sendiri tau.Kalau berdua,dua-dua sama tau.Bertiga tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat.Kalau berempat lagi lah tak tau....apa dia??.2p
( j : kentut )

18. Zang Aming
Kenapa siput babi jalan terlalu perlahan? 3p
( j : sbb tgoh mikir dia nie siput kew babi....)

19. Norilah Abu Bakar
Seekor kucing dikejar oleh seekor anjing..tiba2 kucing tu hilang xtau ke mana...agak2nye di mana kucing? 1p
( j : sarawak )

20. Norilah Abu Bakar
ada org melayu tengok india pakai sari, selepas tu dia tengok org cina plak pakai ape? 2p
( j : pakai mata )

21. Norilah Abu Bakar
orang melayu makan pakai tangan, orang cina pakai chopstik, orang putih pakai sudu, orang india plak pakai ape? 2p
( j : pakai mulut )

22. Sejati Nya
gape... ada sebatang keras dan takok.. bila masuk ia berair..dan kuar jd nunduk batang tu..2p
( j : tebu )

23. Narimah Mohamad
perkataan apakah yang dieja salah dalam kamus... 1p
( j : SALAH )

24. Norilah Abu Bakar
Berapa banyakkah data yang boleh disimpan oleh otak manusia setiap hari? 3p
( j : 7juta mb setiap hr.. )

25. Sejati Nya
sekor burung dr ambs terbang ke kuantan... pejalanan ke kuantan tu dia ambik masa 3 jam.... masa terbang balik ke ambs lak jd 5 jam...nape2.. 2p
( j : masa blk ambs cuaca teruk..ujan n siap ngn petir agi..jadi 1 sayap tu duk tutup mata dia )

26. Wan Aizuddin
selok kain nmpok bulu,selok bulu nmpk butir?. 1p
( j : jagung )

27. Zang Aming
Dlm byk2 nombor.. nombor apa yg org paling x suka?
( j : nombor yg call asyik x dpt2 )

28. Norilah Abu Bakar
mengapa lembu tidak perlu melihat ke kiri dan ke kanan semasa dia melintas jalan? 2p
( j : Mate die mmg ade beloh kiri ngn beloh kanan doh )

29. Sejati Nya
gape...kaki ada 8..palo ada 3..tangan ada 2...2p
( j : koboi naik kuda sambil bawak ayam..)

30. Norilah Abu Bakar
Nama sebenar yg dilakonkan oleh ....... iaitu bekas tunang kepada heroin Gemersik Kalbu ialah sebagai ........? 2p
( j : fazrin sebagai wan ariffin )

31. Zang Aming
Selain Mahsuri... apa lg yg darah putih...> 2p
( j : lipas )

32. Norilah Abu Bakar
Tukang ape yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas? 2p
( j : penggali kubur )

33. Norilah Abu Bakar
Sebelum masuk dia kering, bila dah masuk dia basah...apa dia? 2p
( j : uncang teh )

34. Tinie Irwan
payung ape xleh digunakan time hujan? 1p
( j : payung terjun )

35. Norilah Abu Bakar
Namakan 2 watak utama drama bersiri Gemersik Kalbu...nama watak dan nama sebenar...2p
( j : ayu raudhah - raihana, aqasha - suffian )

36. Azrol Hisham
Apakah perkataan yg pandai dsebut pnduduk dunia? 1p
( j : gol )

37. Mohd Zaki Muhamad
bakpe sek kelaut tegar dop pkai luor dlm mase takat ikang??1p
( j : Takat ikan pakai pukat r... Dok kan nok pakai seluor dalam...)

38. Longg GEdix
Mende apa kalu rosak mesti dua?
( j : gen2 - jem dua )

39. Zang Aming
Makhluk apakah yg mampu hidup sekiranya perang nuklear berlaku? 3p
( j : lipas )

40. Zang Aming
2+2 = ikan
3+3 = lapan
7+7 = segitiga
kenapa.. cer pk! 5p
( j : terbalik dan rapatkn : 2 +2+RPATKAN NMPAK CM IKAN...3+3 RPATKAN NMPAK 8 7+7 RPATKAN NMPAK SEGI3 )

41. Zang Aming
SOALAN MEGABONUS! 60p
Kenapa Malaysia bangga dengan perkataan RAHMAN?
( j : pangkal nama bekas pm & pm malaysia - rahman, abdul razak, hussin, mahathir, abdullah n najib )

42. Wan Aizuddin
nok ke bleh pyoh..tp bl bleh buang g2 je?.
( j : tahi hidung )

43. Zang Aming
Apakah dia 'Antpitta Avis Canis Ridgley'? 3p
( j : sejenis burung yang boleh menyalak )

44. Zang Aming
Apakah nama kapal yg karam ala titanic tahun 2012? 10p
( j : Costa Concordia )

45. Zang Aming
SENARAIKAN NAMA BULAN DALAM TAHUN MASEHI YG MEMPUNYAI HURUF 'I' TANPA MENGGUNAKAN HURUF 'A' MENGIKUT SUSUNAN TERBALIK..( kesilapan ejaan tidak diterima ) 60P!
( j : disember, juli, mei, pril, februri, jnuri )

46. Tinie Irwan
buku ape yang xleh diselak-selak? 1p
( j : buku lima & buku lali )

47. Zang Aming
“The quick brown fox jumps over the lazy dog”. Apa kena mengena dgn ayat ni? 5p
( j : menggunakan kesemua huruf a-z )

48. Norilah Abu Bakar
Nenek sape jalannya meloncat-loncat? 1p
( j : neneknye si katak )

49. Norilah Abu Bakar
Sel Sperma yang boleh dihasilkan oleh seorang lelaki dalam sehari adalah sebanyak..???? 2p
( j : 86 juta sel )

50. Norilah Abu Bakar
Sentiasa masuk tapi sentiasa kat luar..apa dia? 2p
( j : butang baju )

51. Zang Aming
Apakah nama jurang paling dalam di dunia dan dimanakah letaknya? 3p
( j : jurang mariana di lautan pasifik )

52. Zang Aming
Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan dari.....? 3p
( j : sepanyol )

53. Norilah Abu Bakar
Makan menyelam, tidur bergantung..apa dia? 1p
( j : gayung )

54. Zang Aming
Lipas goreng adalah makanan yang biasa di.......? 2p
( j : cambodia )

55. Norilah Abu Bakar
Bintang apa paling dekat dengan bumi? 2p
( j : bintang 3 )

56. Zang Aming
Bilakah Tiger Woods mengenali golf? 3p
( j : diperkenalkan dgn golf pd usia 9 bln oleh bapanya )

57. Zang Aming
Kakinya 6, lututnya 18... apa tu? 3p
( j : lipas )

58. Zang Aming
Berapa banyakkah sel darah merah yg mati dalam tempoh sesaat? 2p
( j : 2 juta..)

59. Longg GEdix
binatang yg ada byk batu..1P
( j : naga )

60. Norilah Abu Bakar
Dalam tempoh 24 jam, manusia bernafas kira2 berapa kali? 4p
( j : 23000 )

61. Zang Aming
Mengapa ketinggian gunung tidak melebihi 15,000 meter? 3p
( j : faktor graviti bumi )

62. Norilah Abu Bakar
Adakah ayam berkokok siang-siang? 1p
( j : tidak - ayam berkokok krek kok kok kokkkk )

63. Norilah Abu Bakar
Nampak di bawah tapi cari di atas...apa dia? 1p
( j : atap bocor )

64. Zang Aming
Apakah nama asal MASTERCARD? 3p
( j : mastercharge )

65. Norilah Abu Bakar
Di luar neraka, di dalamnya syurga...apa dia? 1p
( j : durian )

66. Zang Aming
Dimanakah letaknya lombong paling dalam di dunia? 3p
( j : afrika )

67. Norilah Abu Bakar
Apa yang turun tidak akan naik lagi? 1p
( j : hujan )

68. Zang Aming
Apakah yg dilakukan Viking setelah membunuh musuhnya? 3p
( j : menggunakan tengkorak musuh sebagai alat untuk minum )

69. Wan Aizuddin
kohor kerat kohor tngi?.2p
( j : seluar )

70. Little Damia
kenapa anak babi jalan tertunduk?
( j : sbb dia malu mok dia seekor babi.. )

71. Zang Aming
Binatang apa yg tidak berpeluh? 2p
( j : babi tidak mempunyai kelenjar peluh )

72. Norilah Abu Bakar
Binatang apakah yang boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri? 2p
( j : badak )

73. Norilah Abu Bakar
bagaimanakah semut berkomunikasi? 2p
( j : melalui sesungut )

74. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
EGABERLR ONGBAKK GASGANPEN ID ERAYACIPDI
klu : semasa
( j : PENGGANAS DIPERCAYAI BERLEGAR DI BANGKOK )

75. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
GRUTA RAKAM DTGEIRA WANYA PLKAA IGAT
klu : semasa
( j : TRAGEDI KAPAL KARAM RAGUT TIGA NYAWA )

76. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
AGLI TEORKPUM SLIAIKAP NUKAB SNTAFAI
klu : teknologi
( j : APLIKASI KOMPUTER BUKAN LAGI FANTASI )

77. Norilah Abu Bakar
Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul? 2p
( j : sbb tahi x pandai berenang )

78. Norilah Abu Bakar
Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? 2p
( j : sbb satu anjing biasa dan satu lg anjing laut )

79. Norilah Abu Bakar
Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Ape tu..?? 1p
( j : masuk benang pd jarum )

80. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
LATRSAUIA ATURBEK TUKESAPUN EISNT
klu : sukan
( j : KEPUTUSAN TENIS TERBUKA AUSTRALIA )

81. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
ELMENAN RASIN ASKBU RHENGAMAP
klu : kiasan
( j : MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS )

82. Zang Aming
Berapa lama seekor lipas boleh menahan nafasnya? 2p
( j : 40 minit )

83. Zang Aming
Dari manakah datangnya kebanyakan debu yg berterbangan di dalam rumah kita yang tertutup? 2p
( j : dari sel kulit yang dah mati...)

84. Little Damia
burung apa yang ada satu jantina je? 3p
( j : burung kakak tua )

85. Norilah Abu Bakar
Ketika ianya lebat, ia tidak boleh dicukur...apakah itu? 1p
( j : hujan )

86. Longg GEdix
manusia makan nasi,
bulan makan mende? 4p
( j : nyior - nyior mkn bulan )

87. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
ALUR TANBASA HSUA DBATERINK ID
klu : perbuatan
( j : USAH BERTINDAK DI LUAR BATASAN )

88. Zang Aming
susun semula jdkn ayat : 5p
RESBA SHUA GUNAB RIA AIBA
klu : kesihatan
( j : USAH ABAI BUANG AIR BESAR )

89. Zang Aming
Walaupun ianya agak kecil, bersaiz lebih kurang 2-3inci tapi boleh berlari sepantas 3 batu sejam? Apa dia? 3p
( j : lipas )

90. Norilah Abu Bakar
Sorang lanun karam di lautan.ditemui mayatnya 100 tahun kemudian. setelah di buat bedah siasat,doktor pun menjadi hairan. kerana masih ada bahagian yang tidak kebasahan..apakah itu? 2p
( j : tulang kering )

91. Little Damia
sebab apa superman pakai baju ketat? 2p
( j : bajunya saiz S )

92. Norilah Abu Bakar
Sel apa yang berada kat luar badan? 1p
( j : seluar )

93. Norilah Abu Bakar
Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? 1p
( j : kelapa bali )

94. Zang Aming
Sebanyak mana air liur yg dihasilkan oleh mulut dalam sehari? 2p
( j : 1 liter )

95. Mohd Nor Salleh
SANTAI JE...ADA MASA LAPANG GUNA KALKULATOR LAPTOP ANDA UNTUK MENGIRA JAWAPAN BAGI SOALAN INI : 111,111,111 X 111,111,111
( j : 12345678987654321 )

96. Zang Aming
Susun Semula : 3p
AEJMNAN INFMORARSAST ARUL RABDNA
( j : menjana transformasi luar bandar )

97. Zang Aming
Susun Semula : 2p
AABP BEKOR AAKN EIKNRT
( j : BAPA BOREK ANAK RINTEK )

98. Zang Aming
Susun Semula : 2p
SIKBUT KELAM
( j : BISKUT LEMAK )

99. Zang Aming
Berapakah jarak masa pembuka tin dicipta selepas tin diperkenalkan? 3p
( j : 48 tahun )

100. Zang Aming
Berapa lamakah musim panas di planet uranus? 2p
( j : 21 tahun )


KOLEKSI 100 SOKLAN - part2

1. Zang Aming
Apa itu 'Edo'? 3p
( j : TOKYO )

2. Zang Aming
Apakah berlian yg paling sukar ditemui? 2p
( j : Berlian Hijau )

3. Zang Aming
Berapakah belanjawan dunia untuk perperangan? 2p
( j : us$700juta )

4. Zang Aming
Adakah Leonardo Da Vinci seorang pencipta? 3p
( j : tidak..dia hanya mereka dan x pernah mencipta )

5. Zang Aming
Dimanakah tempat di bumi gravitinya adalah kosong? 2p
( j : pusat bumi ) 

6. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN 7 LAUTAN DUNIA -7P
( j : Lautan Atlantik, Lautan Artik, Lautan Hindi, Lautan Pasifik, Lautan Selatan & Lautan Mediterranean )

7. Zang Aming
Berapa kali ganda saiz matahari berbanding bumi? 3p
( j : 330,330 )

8. Zang Aming
Gurun Sahara sentiasa membesar... Betul ke? 2p
( j : ya! 1km sebulan )

9. Zang Aming
Ia dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa. Apa tu? 2p
( j : lipas )

10. Zang Aming
Kenderaan apakah yg mula2 menggunakan tayar berisi angin? 2p
( j : basikal )

11. Zang Aming
Dimanakah tempat di dunia ini tidak menggunakan jam? 2p
( j : Casino las vegas )

12. Zang Aming
Bilakah masanya seseorang pegawai tentera jepun akan dinaikkan pangkatnya ke tahap paling tinggi? 3p
( j : selepas mati dlm perang )

13. Norilah Abu Bakar
kawasan perlombongan yg terkecil adalah di.....? 1p
( j : lubang idung )

14. Zang Aming
Apa beza antara katak dan kodok? 2p
( j : "Walaupun kelihatan serupa, katak dan kodok mempunyai beberapa perbezaan. Katak mempunyai kulit yang lebih licin dan basah. Kulit kodok pula lebih kering dan menggerutu kerana dipenuhi dengan bintil. Dari segi saiz, tubuh katak lebih kecil tetapi lebih panjang daripada tubuh kodok. Katak juga memiliki kaki belakang yang lebh panjang daripada kaki hadapan dan ini nmembolehkan katak melompat lebih jauh dan tinggi. Di samping itu, kulit renang di celah jari-jemari kaki belakang katak lebih lebar. Selain itu, adalah dipercayai bahawa hampir semua jenis katak mempunyai gigi, manakala kodok pula tiada gigi." )

15. Zang Aming
Berapa banyakkah bahasa di dunia? 2p
( j : 6800 )

16. Zang Aming
Di negara manakah menggelengkan kepala bermaksud ya dan menganggukkan kepala bermaksud tidak? 3p
( j : albania )

17. Zang Aming
Apakah pebezaan degupan jantung wanita berbanding lelaki? 2p
( j : Degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki )

18. Zang Aming
Kura-kura boleh bernafas melalui........? 2p
( j : bontotnya )

19. Zang Aming
Berikan 2 kegunaan air kencing lelaki ketika zaman Rome...4p!
( j : pewarna rambut n ubat gigi )

20. Zang Aming
Wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat.......? 2p
( j : osteoprosis )

21. Zang Aming
Jalan apakah yg tidak memerlukan roda utk bergerak? 2p
( j : jalan kaki )

22. Zang Aming
Berapa kalikah jantung kita berdegup dalam tempoh 24jam? 2p
( j : purata 100,000 )

23. Zang Aming
Berapa lamakah untuk manusia menyedari sekiranya cahaya matahari terpadam tiba-tiba? 3p
( j : 8 minit..)

24. Zang Aming
Kutu rambut lebih suka hidup di kulit kepala yang......? 3p
( j : bersih )

25. Zang Aming
Jarak dari kedua ujung tangan apabila direntangkan adalah sama dengan......? 3p
( j : ketinggian kita )

26. Zang Aming
Ketika anda masih hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi.....? 2p
( j : kelabu )

27. Mohd Nor Salleh
SESEKALI KITA PATUT INGAT JUGA SIRAH NABI-NABI KITA YANG 25 TU...SOALAN : APAKAH HUBUNGAN DIANTARA NABI MUSA DAN NABI SYUAIB? 5P
( j : Nabi Musa adalah menantu kpd Nabi syu'ib..Nabi Musa berkhawin dgn ank Nabi syu'ib bernama shafura... )

28. Mohd Nor Salleh
SOALAN SANTAI-SANTAI DAN HEPI. BERIKAN 7 PERBEZAAN ANTARA PEREMPUAN DAN LELAKI.SEBARANG SEBAB MUNASABAH DITERIMA....7P
( j :
1.jantina
2. Tulang rusuk tak sama
3.janggut misai
4. Payu dara
5.nafsu
6. Baligh
7.alat kelamin )

29. Zang Aming
Berapa lamakah planet Pluto mengambil masa utk mengelilingi matahari? 3p
( j : 248thn )

30. Zang Aming
Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga........kilogram! 3p
( j : 22kg )

31. Ana Fazuriana
haiwan y ada 3 jantung..konfom xkena heart attack!! 3p
( j : sotong )

32. Zang Aming
Radio mengambil masa 38 tahun, TV mengambil masa 13 tahun, tetapi World Wide Web hanya mengambil masa..........untuk mencapai 50 juta orang pengguna. 3p
( j : 4 tahun )

33. Zang Aming
Berapa lama masa yang diperlukan untuk merebus 12 biji telur burung unta? 3p
( j : 40 minit )

34. Zang Aming
Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi......? 2p
( j : hitam ) 

35. Zang Aming
Lembu termasuk penyebab utama pemanasan global... Kenapa? 3p
( j : kentutnya )

36. Zang Aming
Apa yg lalat lakukan sebelum terbang? 2p
( j : melompat kebelakang )

37. Zang Aming
Titik diatas huruf i disebut.......? 2p
( j : title )

38. Zang Aming
Ketika CD dicipta, perekanya menetapkan bahawa ia perlulah berdurasi 72 minit sehinggalah ke hari ini. Kenapa? 10p
( j : memuatkan karya Beethoven )

39. Zang Aming
Proses pencernaan terutamanya berlaku di.............? 2p
( j : usus kecil )

40.Zang Aming
Di balik setiap perempuan sukses, terdapat cinta yang gagal, dan di belakang setiap lelaki yang sukses, terdapat perempuan yang.........? 3p
( j : mencintainya )

41. Zang Aming
Hidupan apakah yg terdiri dari 95% air? 2p
( j : obor-obor )

42. Zang Aming
Tumbuhan apakah yg boleh dijadikan bom? 2p
( j : tumbuhan kekacang )

43. Zang Aming
Apakah binatang yg mampu berlari sepantas kuda? 2p
( j : beruang dewasa )

44. Zang Aming
Kucing rumah benci pada bau......? 2p
( j : semua bau sitrus -  limau )

45. Zang Aming
Mamalia apakah yg paling lama tidur? 3p
( j : koala )

46. Zang Aming
Negara manakah yg paling banyak menggunakan kondom! Perghhh!! 3p
( j : japan )

47. Mohd Nor Salleh
DIDALAM RUKUN IMAN KEPERCAYAAN KEPADA MALAIKAT YANG SEPENUHNYA MEMBERI IMPAK YANG BAIK DAN SERIBU KEBAIKAN KEPADA KITA,TERUTAMA KEPERCAYAAN KITA KEPADA 2 ORANG MALAIKAT INI YANG SENTIASA MENGAWASI KITA,MELIHAT KITA DAN MENCATATKAN SEGALA PERBUATAN,YANG KECIL DAN YANG BESAR,SETIAP TUTURKATA KITA BAIK YANG BAIK MAHUPUN YANG BURUK ,YANG KITA SAMA-SAMA AKAN MELIHAT KEMBALI DIDALAM BUKU AMALAN KITA DI HARI PEMBALASAN NANTI(AKHIRAT)...BERIKAN NAMA 2 ORANG MALAIKAT INI ? 6P
( j : Roqib & Atib )

48. Mohd Nor Salleh
ALQURAN DITURUNKAN SEPENUHNYA KEPADA RASUL MULIA KITA,TETAPI NABI INI ADALAH NABI YANG PALING BANYAK SEKALI KISAHNYA DIDALAM ALQURAN....SIAPAKAH NABI ITU ? 3P
( j : Nabi Musa )

49. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN SAHABAT RASULULLAH YANG RASULULLAH PERNAH BERKATA KEPADANYA...'SEANDAINYA ADA LAGI NABI SELEPAS AKU,ENGKAULAH ORANGNYA' TETAPI KITA TAHU RASULULLAH ADALAH PENAMAT SEGALA NABI. 3P
( j : Umar )

50. Mohd Nor Salleh
SEPERTI BIASA SOALAN HARI JUMAAT MENYENTUH SEDIKIT TENTANG AGAMA KITA ..OK INGAT USAHA MENDAPATKAN JAWAPAN INI ADALAH USAHA MULIA K ! SOALANNYA..APAKAH NAMA SURAH DIDALAM ALQURAN YANG MENCERITAKAN KISAH 2 ORANG PEMUDA YANG TERPERANGKAP DIDALAM GUA DAN BERAPA LAMA? NAMA SURAH.....5P
( j : Surah Al-Kahfi )

51. Zang Aming
Bagaimana caranya untuk membezakan kesegaran telur ayam? 3p
( j : letak telur dalam bekas yg mengandungi air...kalau telur tersebut tenggelam itu bermakna telur tersebut masih segar/molek...sebaliknya kalau telur tersebut timbul itu bermakna telur tersebut dah tak elok/xsegar or tembelang..)

52. Mohd Nor Salleh
KITA SEMUA ADALAH BEKAS PELAJAR SEKOLAH.SETIAP KALI GURU MEMASUKI KELAS KITA BIASA MEMBACA DOA INI..'RABBISSHRAHHLI SADRI WAYYASSIRLII AMRI WAH LULL UQDATAN MILLISAANI
YAPQOHU QAULII..'...SOALANNYA NAMAKAN SURAH DIDALAM ALQURAN DIMANA DOA INI DI PETIK. 10P
( j : Surah TA-ha ayat 25-28 )

53. Mohd Nor Salleh
DI HARI YG MULIA SOALANNYA PUN MULIA DAN USAHA UTK MENDAPATKAN JAWAPAN ADALAH USAHA MULIA OK ! MCM NI SOALAN NYA...ALQURAN MEMPUNYAI 30 JUZUK,114 SURAH,6666 AYAT , NAMAKAN 7 SAHAJA SURAH DI DALAM AL-QURAN (TAK PERLU MENGIKUT SUSUNAN )......14P
( j :
1. Al-Fatihah
2. Al-BAqarah
3. Al-Imran
4. Al-Nisa'
5. Al-Ma'idah
6. Al-An'am
7. Al-A'raf)

54. Muhammad Othman
Nabi mana yg mempunyai suara yg paling merdu? 3p
( j : Nabi Daud AS )

55. Zang Aming
Burung yg x boleh terbang tapi boleh berenang? 1p
( j : Burung Penguin )

56.Mohd Nor Salleh
PEREMPUAN YANG INGIN SENTIASA CANTIK DAN MENAWAN,MEMPUNYAI KELEMBUTAN PESONA DAN DAYA TARIKAN KENA LAKUKAN INI MENGIKUT ALVENIA M,PENGARAH LEMBAGA MAKANAN SIHAT DI AMERIKA SYARIKAT,APA KAH DIA? ADAKAH MEMAKAN BUAH CIKU ? ACU TEKA. 3P
( j : puasa )

57. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN 3 ORG WANITA YANG PERNAH/SEDANG MENJADI PERDANA MENTERI/PRESIDEN DI NEGARA BELIAU ? BERIKAN JAWAPAN NAMA DAN NEGARA.SETIAP JAWAPAN PADANAN NAMA DAN NEGARA YG BETUL DAPAT 4P.
( j :
1. Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita pertama Thailand
2. Beatriz Merino, Perdana Menteri Peru
3. Angela Merkel, Canselor Jerman
4. Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan
5. Borjana Kristo, Presiden Federasi Bosnia and Herzogovina
6. Emelda Marcos Philiphine )

58. Zang Aming
Vitamin buah ada pada......? 2p
( j : kulitnya ) 

59. Mohd Nor Salleh
SUKAN GOLF BERASAL DRPD NEGARA MANA? 3P
( j : berasal dari Skotlandia sekitar tahun 1100 )

60. Wan Aefez
apa maksud sebenar tersirat disebalik ABCDEFG dan GFEDCBA ????? 10p
( j :
ABCDEFG =
A
Boy
Can
Do
Everything
For
Girl

GFEDCBA =
Girl
Forgets
Everything
Done and
Catches
new Boy
Again )

61. Mohd Nor Salleh
‎'PAWAGAM','KUGIRAN' DAN 'CERPEN' SEBENARNYA ADALAH SINGKATAN NAMA YANG DIPADANKAN BERSAMA DALAM BAHASA MELAYU.APAKAH SEBENARNYA NAMA PANJANG BAGI SETIAP PERKATAAN ITU...SOALAN SENANG ...SETIAP SATU 3P
( j :
1. pawagam ; panggung wayang gambar
2. kugiran : kumpulan gitar rancak
3. cerpen = cerita pendek )

62. Norilah Abu Bakar
Kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia? 1p
( j : zombie kg. pisang )

63. Mohd Nor Salleh
APAKAH NEGARA YANG AKAN MENJADI PENGELUAR TERBESAR KONDOM DI DUNIA PADA TAHUN INI(2012) ?.. 3P
( j : malaysia )

64. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN NEGARA PENGELUAR JAM TERKEMUKA DIDUNIA........3P
( j : Switzerland )

65. Zang Aming
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan apa? 2p
( j : berdasarkan bunyi yang dihasilkan..kura2 jantan bunyi garau sementara kura2 betina bunyi yg berdesir )

66. Norilah Abu Bakar
Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
( j : dia adalah bapa awak. )

67. Zang Aming
Siapakah yang membangunkan Taj Mahal? 3p
( j : tidak ada bukti )

68. Ana Fazuriana
Bilangan puting susu babi betina 5p
( j : puratanya 12..)

69. Zang Aming
Susu sebenarnya adalah............? 3p
( j : lebih kepada makanan )

70. Mohd Nor Salleh
BINATANG APA BOLEH BERTAHAN LEBIH LAMA DRPD UNTA TANPA AIR? 3P
( j : zirafah & tikus..)

71. Zang Aming
Jika semua emas dilautan dikumpulkan, setiap manusia didunia akan mendapat sebanyak .......... setiap seorang. 5p
( j : 20kg )

72. Mohd Nor Salleh
EIFEL TOWER DI PARIS ADA BERAPA ANAK TANGGA ? 5P
( j : ‎1792 )

73. Zang Aming
Apakah organ terbesar manusia? 3p
( j : kulit ) 

74. Mohd Nor Salleh
APAKAH NAMA YANG PALING POPULAR DALAM DUNIA? 2P
( j : Muhammad )

75. Zang Aming
Benua eropah adalah satu2nya benua yg tidak ada .....................? 5p
( j : padang pasir @ gurun )

76. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN GURUN TERBESAR DI NEGARA CHINA- 5P
( j : gurun gobi )

78. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN SATU LAUTAN DIDUNIA YANG KITA BOLEH TERAPUNG DIPERMUKAANNYA DAN BERIKAN SEBABNYA....3P
( j : Laut mati..sbb thap kamsinan di tinggi )

79. Zang Aming
Apakah 2 jenis binatang yang tidak boleh muntah? 4p
( j : tikus n kuda )

80. Zang Aming
Dalam 1 hari, berapa lama gajah tidur? 2p
( j : 2 jam )

81. Zang Aming
Jari manakah paling sensitif? 2p
( j : telunjuk )

82. Mohd Nor Salleh
BERAPAKAH JUMLAH PENDUDUK DUNIA SEKARANG? 3P
( j :SETAKAT INI JUMLAH TEPAT MASIH TIDAK RASMI,MENGIKUT UN(UNITED NATION) JUMLAH PENDUDUK DUNIA ADALAH SEKITAR 6.5,6.6 ATAU 6.7 BILLION.PELBAGAI MALAPETAKA DUNIA,CONTOHNYA TSUNAMI 2004 DAN TERBARU TSUNAMI DI JEPUN MENYULITKAN UNTUK MENDAPATKAN JUMLAH TEPAT )

83. Mohd Nor Salleh
JIKA KITA MENJERIT SEKUAT2 HATI BERTERUSAN SELAMA 8 TAHUN,7 BULAN DAN 6 HARI KITA AKAN MENGHASILKAN TENAGA BUNYI YANG CUKUP UNTUK APA? ACU CUBA JAWAB....5P
( j : Panaskan satu cawan kopi )

84. Mohd Nor Salleh
APAKAH NAMA MATAWANG MEXICO ? 1P
( j : peso )

85. Mohd Nor Salleh
BINATANG APA YANG BOLEH MENGANGKAT BERAT 50 KALI MELEBIHI BERATNYA,MENGHERET BEBAN 30 KALI MELEBIHI BERATNYA DAN.....BILA DIA MABUK DIA AKAN SELALU TUMBANG DISEBELAH KANAN BADANNYA ? 5P
( j : semut )

86. Mohd Nor Salleh
KITA MERASA DENGAN LIDAH,TETAPI RAMA-RAMA MERASA DENGAN ?
( j : kaki ) 

87. Mohd Nor Salleh
NAMAKAN SATU BINATANG YANG TIDAK MEMPUNYAI OTAK-JENG JENG JENG! 3P
( j : Tapak sulaiman )

88. Zang Aming
Apakah satu2nya mahkluk yang boleh tersipu-sipu? 2p
( j : manusia )

89. Mohd Nor Salleh
KITA BERKELIP SERENTAK DI KEDUA-DUA MATA,TETAPI BINATANG INI BERKELIP SATU -SATU,HAIRAN....APAKAH BINATANG ITU? 3P
( j : hamster..)

90. Mohd Nor Salleh
FAKTA KEBESARAN ILAHI.JIKA KITA BERADA DIDALAM GUA,SUARA KITA ATAU SEBARANG SUARA BINATANG YANG BERADA DIDALAM GUA ITU AKAN BERGEMA,TETAPI SUARA BINATANG INI,TANPA SESEORANG PUN TAHU SEBABNYA TIDAK BERGEMA,CUBA TEKA APAKAH BINATANG INI ?
( j : itik )

91. Mohd Nor Salleh
BERAPAKAH BILANGAN HURUF DIDALAM KALIMAH BISMILLAHIRRAHIM ? (HURUF ARAB/JAWI) 5P
( j : 19 )

92. Mohd Nor Salleh
MUTIARA HANYA AKAN MENCAIR JIKA KITA BUBUH KEDALAM? 3P
( j : cuka )

93. Mohd Nor Salleh
SESEKALI KITA PATUT INGAT JUGA AGAMA KITA,AGAMA YANG PATUT KITA SYUKURI...ALHAMDULILLAH,SOALAN : APAKAH NAMA SURAH YANG TERPANJANG DIDALAM ALQURAN DAN BERAPA ? 5P
( j : Al-baqarah....286 ayat )

94. Zang Aming
Kedudukannya adalah lebih tinggi pada siang hari jika dibandingkan pada waktu malam. Apakah itu? 3p
( j : awan )

95. Mohd Nor Salleh
APA DIA,SEKALI SEBUT BOLEH MASUK RACE,DUA KALI SEBUT JADI KAYU....1P
( j : Kuda & Kuda-kuda )

96. Mohd Nor Salleh
DI NEGARA MANAKAH BINATANG TERNAKANNYA LEBIH RAMAI DRPD PENDUDUKNYA ?
KENA JAWAB NEGARA APA DAN NAMA BINATANG TERNAKAN ITU....3P
( j : AUSTRALIA/BIRI-BIRI )

97. Norilah Abu Bakar
Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik? kalu xkena cantas soklan ni dpt 2p
( j : lampu blilik ade game tutup, lampu stadium de game,buke )

98. Zang Aming
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh.....? 3p
( j : tupai )

99. Zang Aming
Nama Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada....? 3p
( j : alga merah di dasarnya )

100. Zang Aming
Soalan Sape Cepat!

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini
Bilakah sambutan tahun baru cina tahun 2011?
( j : 3&4/2/2011 )



KOLEKSI 100 SOKLAN - part3

 1. Norilah Abu Bakar
Bila kita berjalan n 'teringat' kat dia, kita x bawak dia...tp bila kita 'x teringat' kt dia kita akn bawak dia...dia tu siapa? 2p
( j : kemuncut )

2. Lakser Maner
Skrg ni byk kucing2 comel kt pets shop, dr mcm2 negara, mcm2 benua.. Ada mcm2 jenis plok tu... Kucing menda org duk cr sgt2?1p
( j : kucing ilang )

3. Zang Aming
Anda semua Melayu? Hehe.. apa maksud Melayu mengikut bahasa purba? 5p
( j : pnom - gunung )

4. Zang Aming
tiada bertulang tiada bernyawa, menjelma dalam tiga rupa.. 3p
( j : air )

5. Muttakin Ali
ade 3 org(seorg bisu, seorg
pekak, dan lg sorg buta) handpone diorg hilang kat
terdampar kat sebuah pulau tdk brpenghuni,
laut, kalau ade pn xde
( j : name je tu..bgtaw cm biasa )

6. Mohd Nor Salleh
SALAM JUMAAT..USTAZ DATANG LAGI HEHE ,1 SOALAN AGAMA OK? DALAM QURAN DICERITAKAN KISAH NABI NUH A.S DIMANA DIA MENYELAMATKAN DIRI DRPD BANJIR BESAR BERSAMA2 ORG2 BERIMAN DAN BINATANG BERPASANG-PASANGAN DI ATAS SEBUAH KAPAL KAYU ,MALANGNYA SEORANG ANAKNYA YANG KAFIR TIDAK DAPAT DI SELAMATKAN LALU MATI DALAM KEADAAN KAFIR.SOALANNYA...........
-1- SIAPAKAH NAMA ANAK NYA ITU ? ...........10 POINT -2- APAKAH NAMA SURAH DALAM ALQURAN YG MENCERITAKAN KISAH ITU DENGAN TERPERINCI ? ..............................15 POINT ( j : QAN'AN/KHA'NAAN - Surah Huud ayat 25-49 )

7. Mohd Nor Salleh
SALAM JUMAAT...USTAZ PASAR MINGGU DTG LAGI HEHE...LAGI SOALAN AGAMA.RUKUN IMAN YG KE-6 ADALAH KEPERCAYAAN KPD QADA DAN QADAR.KITA YAKIN SEGALA APA YG BERLAKU ADALAH DARI KETENTUAN ALLAH ,APAPUN AKAL YG DIBERI OLEH KITA MENENTUKAN SEBAHAGIAN BESAR CORAK KEHIDUPAN KITA.KITA SENDIRI YG MEMILIH BAIK DAN BURUK SEDANGKAN YG MANA YG BAIK DAN YG MANA YG BURUK TELAH DI BERITAHU ALLAH DAN RASUL KPD KITA.JADI KITA MANUSIA YG BERAKAL INI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS DOSA YG KITA LAKUKAN DAN KITA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG ALASAN JIKA TUHAN MENGHUKUM ATAS KESALAHAN KITA KERANA SEGALA2NYA TELAH JELAS,TERANG LAGI BERSULUH-SEMUANYA TERPAMPANG DIDALAM QURAN DAN SUNNAH.
SOALANNYA....TAKDIR KEATAS KITA DARIPADA AZALI DAPAT KITA UBAH JIKA KITA MELAKUKAN INI.APAKAH DIA?...........................10 POINT
( j : DOA - DOA ORG MENURUT PERINTAH ALLAH N RASUL BUKAN DOA ORG YG LALAI,FASIK DAN MUNAFIQ )

8. Nor Azizah Ahmad
banyak2 bende, bende pe yg turun x naik2?. 1p
( j : air hujan )

9. Wan Aizuddin
ye b'gerak b'bentuk u turn..bl ye b'hnti kuor mnyk.1p
( j : pacat )

10. Muttakin Ali
tdk brnyawe,tdk brtulang,tdk ade belas kasihan,isap darah sesetengah manusia? tdk pula menyakiti manusia..2p
( j : tuala wanita )

11. Penjejak Satria
dalam 1 tahun.... ade berape bulan???????1p
( j : 1 bulan )

12. Penjejak Satria
banyak2 pokok... pokok ape paling tinggi???? 1p
( j : pokok kat puncak everest )

13. Ombak Jahat
dalam bahagian badan kete....benda yang bkn hok kete? 5p
( j : pencucuh rokok )

14. Wan Aizuddin
bntang npe d badan ye de racun n penawar..2p
( j : lalat )

15. Penjejak Satria
bile sejuk die cair..... bile panas die beku????? 1p
( j : telur )

16. Lakser Maner
Pokok kelapa- Ape yg org x mkn drpnya.? 2p
( j : air - sbb org minum )

17. Mohd Nor Salleh
SOALAN SENANG,MUNGKIN DAH KELUAR AKU MANA TAHU...'DALAM BANYAK2 ANAK KAT MUKABUMI NI ANAK APA YG PALING BIADAP/KURANG AJAR/TAK RETI BASE '? 3P
( j : ANOK KUTU KURANG AJARRRR,DOH LAH NAIK KEPALA ORANG,PIJAK PULOK,BEROK PULOK,KENCING PULOK DLL.. )

18. Mohd Nor Salleh
JUMPA LAGI.....ADA 10 EKOR IKAN DALAM KOLAM JERNIH, 5 LEMAS, 1 DITANGKAP ORANG DAN 2 EKOR MATI , BERAPA YANG TINGGAL..........3 POINT
( j : 7 sbb ikan xleh lemas )

19. Muttakin Ali
seekor semut(yakni brkaki 6)berjalan2 di tmpt pelupusan smpah
soalan dier, bkpe mase tu kaki dier ade 4 jer..1p
( j : 2 kakinya tutup idung dan mulut )

20. Zang Aming
Kenapa tongkat motor yg single tu dibuat kat sblh kiri dan bkn sblh kanan? 5p
( j : tradisi )

21. Lakser Maner
Ada satu benda, x kire bsr atau kecik,sama aje. Semua pakai ia.. Cukup efisien, x perlu modal belanja... Korang cuba pk, pakai ape? 1p
( j : pakai otak laa )

22. Norilah Abu Bakar
Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ? 1p
( j : burung dlm seluar .. adoi.. psl xde bontot )

23. Ombak Jahat
sebuah kapal layar mnuju ke arah selatan..angin btiup dr arah barat...asap kapal layar mnuju ke arah mn?1p
( j : kapal layar xde asap )

24. Zang Aming
Bulat bkn segitiga pun bkn...
Merah bkn hijau pun bkn...
Nama temannya bagai diawan...
Didalam buah didasar lautan... 3p > 60p
( j : SpongeBob SquarePants yg empatsegi kuning tu... ! Patrick Star la teman dia yg bintang tu!! Dia la yg duduk dalam buah nenas kat dasar laut!! )

25. Ombak Jahat
knp anjing bila dia jln dia mesti sesekali bpaling ke blakang.....2p
( j : sebab dia xder side mirror )

26. Norilah Abu Bakar
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun menanam lah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu? 2p
( j : dua2 x tumbuh psl dia tanam separuh je ) 

27. Norilah Abu Bakar
Bila berlari dengan 4 kaki tetapi bila menari cuma ada 2 kaki. sebaliknya bila berenang ia tidak lagi berkaki. apa dia? 1p
( j : kuda - kuda lari 4 kaki, kuda kepang 2 kaki, kuda laut mmg xde kaki..)

28. Norilah Abu Bakar
Dia diberikan untuk kita..tetapi org lain yg lebih banyak menggunakannya..apa dia? 1p
( j : nama )

29. Norilah Abu Bakar
saya boleh tengok, tetapi awak xboleh tengok...aper dia? 1p
( j : belakang kita )

30. Norilah Abu Bakar
Antara penjual nasi lemak dengan penjual cendol, apa yang sama? 1p
( j : dua2 x jual pakaian )

31. Norilah Abu Bakar
Dalam banyak2 hantu, hantu apakah yang ada tempat tinggal sendiri? 1p
( j : hantu kak limoh blik umh. )

32. Norilah Abu Bakar
Berapakah jarak antara bumi dan matahari? Jika anda memandu kereta dengan kelajuan 96km sejam, ia akan mengambil masa berapa tahun utk sampai? 3p
( j : 150juta km n ambik masa 177tahun utk sampai jika bwk kreta dengan kelajuan purata 96km sejam.)

33. Mohd Nor Salleh
BINATANG APA TELURNYA PALING KURANG 4, DAN SENTIASA GENAP? HAHA....10P
( j : naga raya cina ) 

34. Longg GEdix
Harimau, Gajah, Beruang adalah binatang yang ganas, tetapi ada lagi binatang yang lebih ganas dari itu..apakah binatang itu? 2p
( j : setok karung )

35. Penjejak Satria
sedut pun keluor asap... x sedut pun keluor asap??? 1p
( j : rokok )

36. Lakser Maner
Dlm satu p'lumbaan kapal layar, tiba2 sekor burung hnggap dan melepas di ats layar salah sorg peserta.. Kemudian kapal layar tu terus karam... Ape yg akn nmpk?
2p
( j : nampak sgt menipu! ) 

37. Zang Aming
Apakah satu2nya objek buatan manusia yg boleh dilihat dari angkasa? 2p
( j : great wall of china )

38. Arie Bella Rosli
Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
( j : duyung ikang btina patu pulok jantan ikan bakar. pasalnya btina nama bakar xde )

39. Ieda Nor
BENDA APA YE G TERBANG YE BLIK BRENANG..??
( j : pancing ikan )

40. Norilah Abu Bakar
pokoknya di atas bukit tapi daunnya di dalam air...apa ar? 1p
( j : teh )

41. Nor Azizah Ahmad
kenapa org nek teksi x byar duit dulu?. 1p
( j : duit dulu x laku )

42. Zang Aming
Planet apa paling banyak bulan? 3p
( j : uranus - 27 bulan )

43. Awg Ngeebok
burung yg terbesar dlm abad ini....hok ble terbang la....3p
( j : kapal terbang )

44. Wan Aizuddin
ye popular ngan wrne marah..d situ duduk xkan grak..jd pesingahan 2p
( j : peti surat )

45. Lakser Maner
Keje menda paling penat?1p
( j : noreh - no rest )

46. Zang Aming
Apakah nama pengangkutan yang paling sedap? 3p
( j : motor suzuki best ! )

47. Wan Aizuddin
kuning d raja cntk bseri..tp nma nye amt lah teruk,1p
( j : bunga tahi ayam )

48. Zang Aming
kat udara boleh, kat darat boleh, kat dlm air pon boleh.. 3p
( j : burung raja udang )

49. Wan Aizuddin
sungai npe pling beso d dunia?.1p
( j : amazon )

50. Mohd Ttien
sbji klpe ble kte bkar bnde ap hok x hngus..3p..
( j : air )

51. Zang Aming
Berikan sebab utama mengapa seseorang itu sukar utk tidur? 2p
( j : tidak mengantuk )

52. Penjejak Satria
lalat ade 6 kaki, die hinggap atas taik... Jd brape kaki lalat tu??? 1p
( j : ‎5 sbb satu dye tutup hidung.)

53. Penjejak Satria
jauh macam ambulan, dekat macam doktor??? 1p
( j : nyamuk )

54. Penjejak Satria
burung ape?.. sayap di kaki,paruh di kaki, mate di kaki.... 1p
( j : URUNG YANG KENA PIJAK,SEMUA DUDUK DIKAKILAH. )

55. Penjejak Satria
pejam celik.. pejam celik... tibe2 jd meroh.... kenape??? 1p
( j : mata masuk habuk )

56. Zang Aming
Jepun ade ultraman, amerika ada superman, malaysia ade cicakman, indonesia ada apa? 2p
( j : suparman )

57. Zang Aming
Kalau biskut Marie tu betina, apa pulak biskut jantan? 2p
( j : biskut balak )

58. Penjejak Satria
malam hidup.... siang mati?? 1p..
( j : ikan - kalau disiang mati la..)

59. Penjejak Satria
potong panjang tak potong pun tetap panjang??? 1p
( j : kacang panjang )

60. Tinie Irwan
pokok ape bila kte tgk, kte lari? 1p
( j : pokok nak tumbang )

61. Tinie Irwan
apakah faktor utama berlakunya penceraian? 1p
( j : perkahwinan )

62. Tinie Irwan
ikan ape paling menderita? 1p
( j : ikan sardin )

63. Penjejak Satria
ketika kecil paka yang beso, ketika beso paka yang kecil? .... 1p...
( j : pampers )

64. Rahim Roin
ada tiang sbtg..atas dia ada rmput stompok,gosok2,buihh..apa ke ia..he2 10p
( j : memberus gigi )

65. Naga Dewa
nak test soalan skali boleh? ada 2 soalan perlu di jawab dengan tepat untuk mendapatkan hadiah makan 7 hari, aku belanja.. soalannya..
1) apa persamaan lelaki dengan gajah...
2) apa persamaan wanita dengan gajah...
( j : lelaki - gajah dikepala ada belalai,lelaki dibelalai ada kepala
pempuan - gajah tembak dulu baru reboh... pempuan reboh dulu baru tembok )

66. Wan Aizuddin
isi d buang,tulang d mkn..dok b'kait ngan bnatang. 2p
( j : lilin )

No comments:

Post a Comment