Pedoman



RENUNGAN

RENUNGAN  1 - ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang
menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika
menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN

1.Membaca 10 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan
di kalangan orang-orang yang lalai"

Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang bergitu besar sekali.

2.Membaca 100 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang taat"

Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga 1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita cuba amalkan hadith yang pertama dulu sebagai amalan bagi malam hari kita sebagai permulaan. Kalau sebelum tidur kita membaca buku, surat khabar, majalah dan sebagainya eloklah dilatih diri kita dengan membaca Al-Quran sebanyak 10 ayat sekurang-kurangnya.

3. Kelebihan surah Yasin

Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi
hari itu akan dipenuhi"

Ada banyak lagi kelebihan surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Di antaranya adalah seperti berikut:

a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali."

b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati ummatku."

c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan  makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya."

Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.



RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., bahawasanya beliau bersabda yang bermaksud:

"Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam
syurga pada hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari, Jumaat, dan bertaubat ia pada hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk berdoa kepada Allah"

2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata:

Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".

Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?"

Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu"

Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat seperti di bawah:

i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa
ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha
iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.)
iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis
v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha
vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha
vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha

 
RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR

Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud:

"Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah"

Keterangan:
Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith-hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu.

Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau:

"Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran
tentang syurga dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini"
Beliau menjawab:
"Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya".
Selanjutnya beliau berkata:

"Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ".

Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur.

Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan
takut jika aku berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk manausia dan jin"

Keterangan:
Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan kemuka seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ.

Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?"

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Suara siksa kubur ini terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan kemuka.

Dalam sebuah hadith ada diberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. melalui dua kubur lalu baginda bersabda:

"Ahli kedua-dua kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana ia tidak menjaga kebersihan ketika ia beristinja (buang air kecil)".

Ibnu Hajar Makki rah.a. menulis bahawa menurut hadith yang sah kebanyakan siksa kubur dikenakan ialah kerana tidak dijaganya kebersihan istinja itu.

Adalah dilaporkan oleh sebuah hadith bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di dalam kubur ialah mengenai istinja.

Semuga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya. Wasaalam.

"ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD"
 _________________________________________________________________________

JGN SAMBUT 1 JANUARI

Ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka???

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, InsyAllah

_________________________________________________________________________


25 NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Dengan apa yang telah diterangkan oleh AL-Quran berhubung dengan Luqman
Al-Hakim para ulamak telah memperincikan lagi perbicaraan Luqman dengan
anak-anaknya. menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Ruhul Ma'ani dan
Kitab Hidayatul Mustarsyidin bahawa Luqman telah memberikan anaknya dua
puluh lima wasiat.  Antaranya ialah:
1.  Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan
banyak  manusia yang karam di dalamnya.  Bila engkau ingin selamat, agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya
ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
2.  Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang
yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia
akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua.
3.  Hai anakku!  Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam
beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada
Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentias menghindarkan dirinya
daripada melakukan maksiat.
5.  Jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu akan menjadikan dirimu hina d waktu siang dan hina di waktu
malam.
6.  Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang
menyebabkan kamu menderhaka.  Takutlah kepada Allah dengan benar-benar
takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah
S.W.T.
 11.  Hai anakku!  Bila engkau menghadapi dua pilihan, menziarahi orang
mati atau menghadiri mailis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih
menziarahi orang mati.  Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan
kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah
akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja.
12.  Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan
pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada
anjing sahaja.
 15.  Hai anakku!  Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu
mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya.  Hal itu tidak ubahnya
seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak
mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya.
 16.  Hai anakku!  Apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka
ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya.  Bilamana
dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka
bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka
berhati-hatilah engkau terhadapnya.
 17.  Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu,
kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.
 18.  Hai anakku!  Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang
tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan
sesuatu daripadamu.
 19.  Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak
berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana
penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh.
 20.  Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata
busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam
diri.  Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat
kepada orang lain.
 21.   Hai anakku!  Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan
hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau
diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja.  Tidak ada orang yang
lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
 22.  Hai anakku!  Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan
perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,
janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu
dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.
 23.  Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang
suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang
perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan
lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.
 24.  Hai anakku!  Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu.
Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati
kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.
 25.  Hai anakku!  Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat.  Jangan engkau tendang dunia ini
ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan
orang lain.  Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis
kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah
belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua,
kerana akan aniayakan diri kamu.
Wallahu'alam.


_________________________________________________________________________


CERITA AIR 
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya " Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".



_________________________________________________________________________




AMALAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

Sektor Kebahagiaan Rumahtangga 
 _________________________________________________________________________
 
ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 ________________________________________________________________________

19 HADIS NABI MENGENAI WANITA & KUBUR
 1.. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan haltersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".

2.. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.. Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua.”

SATU PERINGATAN!!

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1.. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3.. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5.. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

 Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1.. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2.. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3.. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4.. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5.. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Yang Lain.
Sekadar renungan kita bersama..

_________________________________________________________________________


MASALAH BERPAKAIAN DAN MENGGUNAKAN PERHIASAN

Seluruh imam mazhab sekata mengharamkan penggunaan emas dan perak untuk lelaki dan perempuan sebagai belkas dan bejana atau alat tulisdan barang perhiasan.Dengan itu adalah tidak harus menggunakan emas dan perak sebagai bekas untuk makanan dan minuman ,minyak,celak, alat solek dan sebagainya juga untuk berwuduk.Menghiasi rumah tempat duduk dengan emas dan perak juga tidak harus.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: Jangan kamu minum didalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak dan jangan kamu makan dalam dulang-dulang yang diperbuat dari emas dan perak.kerana ia adalah untuk mereka(orana-orang kafir) di dunia dan untuk kamu pula di akhirat.

Sabda Baginda lagi:

Terjemahan: Orang yang minum dalam bekas daripada emas sesungguhnya bergelegak api neraka dalam perutnya.

Penggunaan emas dan perak dalam beberapa perkara beerikut adalah dikecualikan daripada hukum haram, berasaskan darurat atau keperluan:

  1. Menggunakan emas atau perak bagi menggantikan hidung yang terputus atau gigi yang tercabut.Ini adalah pendapat jumhur termasuk Muhammad Ibn Al Hasan dan salah satu pendapat Imam Abu Yusuf.Abu Hanifah sendiri berpendapat,gigi tidak boleh diikat menggunakan emas tetapi perak dibenarkan.Ulama’ Hanafi berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan emas sebagai pengikat permata cincin kerana ia hanya sebahagian ataupun tempelan sahaja.Ulama’ Syafi’i pula berpendapat adalah haram menggunakan emas sebagai kuku pengikat permata cincin untuk kaum lelaki.
  1. Menggunakan emas sebagai saduran alatan sekiranya ia sedikit dengan erti jika ia dibakar semula dengan api tidak menghasilkan apa-apa ataupun yang tidak boleh dipisahkan untuk dijadikan suatu benda lain.
  1. Imam Abu Hanifah mengharuskan penggunaan bekas yang disumbi atau dihias dengan perak.
Adapun sebab diharamkan penggunaan emas dan perak dijelaskan oleh para fuqaha ialah pembaziran dan kemegahan. Pendapat yang lebih asaah ialah disebabkan kedua-duanya merupakan tukaran oleh matawang yang digunakan untuk membayar sesuatu yang beredar. Kalaulah penggunaannya diharuskan ia akan menjejaskan kedudukan dalam pasaran dan ini akan menimbulkan keadaan bimbang dan tidak stabil.

Semua jenis bekas yang diperbuat dari emas dan perak adalah harus digunakan.Rasulullah s.a.w sendiri pun berwudu’ menggunakan  bekas daripada tembaga.

Memakai sutera,cincin emas atau perak.

Kaum lelaki diharamkan memakai sutera dan cincin emas. Kaum wanita pula diharuskan memakai semua jenis pakaian dan cincin secara mutlak dan mereka juga harus memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: emas dan sutera adalah halal untuk wanita umatku dan haram bagi kaum lelakinya. 

Ali meriwayatkan bahawa:

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang memakai cincin emas.

Ibn Abbas pula meriwayatkan:

Terjemahan: bahawa Rasulullah s.a.w melihat sebentuk cincin emas di tangan seorang lelaki. Baginda lalu mencabutnya dan membuangkannya sambil bersabda, “seorang kamu dengan sengaja mengambil api neraka dan meletakkan di tangannya.”

Baginda juga bersabda:

Terjemahan: Hanya orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat sahaja yang memakai sutera di dunia ini.

Semua para imam mazhab memberikan pengecualian untuk kaum lelaki memakai cincin perak . mereka mengharuskan pemakainya jika sedikit.Kadar yang dibenarkan mengikut pendapat ulama’ hanafi ialah sebanyak tidak lebih daripada satu misqal (2.975gm). Mengikut ulama’ maliki pula tidak melebihi daripada 2 dirham dengan syarat ia dilakukan dengan maksud untuk mengikut amalan Rasulullah s.a.w.Apabila ia melebihi daripada kebiasaannya maka hukumnya adalah haram. Cara memakainya pula hendaklah di jari manis tangan sebelah kiri. Jika dipakai dijari yang lain ulama syafi’I ia harus tetapi makruh. Ulama’ hanafi berpendapat bagi mereka yang lain daripada sultan,qadi dan mereka yang perlu lebih tidak memakai cincin. Keperluan seperti cincin adalah seperti untuk cap mohor.
Ulama’ hanafi juga berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan tali pinggang dan hulu pedang yang diperbuat dari perak seperti cincin dengan syarat ia tidak di tempat pemegangnya. Ini kerana terdapat athar yang menunjukkan keharusannya.
Tentang memakai cincin: pengumpul hadis yang enam telah meriwayatkan Hadis dari Anas Bin Malik, bahawa Rasullullah s.a.w telah menggunakan cincin daripada perak berpermata daripada Habsyah dan berukir tulisannya perkataan ‘Muhammad Rasulullah’.
Untuk pedang pula terdapat hadith,antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi daripada Anas, katanya “hulu pedang Rasulullah adalah daripada perak’

Mengikut pendapat Abu Hanifah menggunakan bantal untuk tidur atau bersandar tidak dianggap salah kerana tindakan demikian menghina dan memperkecilkannya. Dengan itu kedudukan sama seperti gambar-gambar yang terdapat di hamparan kerana ia dijadikan lapik duduk. Dua sahabat abu Hanifah pula berpendapat adalah makruh hukumnya bersandar dan duduk di atas sutera kerana larangannya yang umum dan ia menjadi pakaian golongan ‘ajam yang tidak mrndapat bahagian kelebihan.

Mengikut pendapat dua sahabat Abu Hanifah,tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang berada dalam medan perang memakai sutera yang terbaik al-dibaj kerana daruruat. Pemakaian ini amat diperlukan kerana ia dapat bertahan daripada dimakan senjata disebabkan keutuhannya. Ia pula menimbulkan kegerunan dihati musuh. Ia menampakkan kehebatan kepada musuh kerana kilauan dan sinarnya. Al-Hakam bin Umar telah meriwayatkan Hadith dengan katanya “Rasulullah s.a.w memberikan kelonggaran memakai sutera sewaktu dalam peperangan .Mengikut Abu Hanifah pula ia makruh dipakai kerana terdapat larangan yang umum.Keadaan  yang darurat boleh diatasi dengan penggunaan sutera campuran.
Ulama’ Hanafi mengharuskan pemakaian sutera campuran yang mana benang asasnya bukan sutera dan benang jalinannya sutera, sama ada diwaktu perang atau diwaktu lain. Ini kerana para sahabat memakai sutera campuran (al-Khazz) yang benang jalinannya sutera. Selain itu sesuatu tenunan dikira berdasarkan benang asasnya (al-lahmah). Dengan sebab itu adalah berasaskannya. Jika campuran dalam bentuk sebaliknya iaitu benang asas kain tersebut merupakan sutera dan jalinannya bukan sutera,ia tidak halal dipakai dilur dari medan perang tetapi dimedan perang ia harus dipakai mengikut pendapat ulama’ Hanafi.
Ulama’ Hanafi juga mengharuskan pemakaian yang bercampur dengan sutera yang sedikit kerana kadar yang sedikit dimaafkan. Maksud sedikit adalah 3 atau 4 jari seperti jalur-jalur atau jahitan.
Ini berdasarkan hadith riwayat Umar yang menyebut :

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang daripada memakai sutera kecuali sekadar dua,tiga atau empat jari.

Nabi Muhammad sendiri memakai jubah yang dijahit tepinya dengan sutera.

Jumhur fuqaha selain ulama’ Maliki mengharuskan pakaian sutera dipakai dengan tujuan mengelakkan daripada gigitan kutu dan sebagainyaatau untuk mengatasi kesakitan disebabkan  penyakit seperti kudis dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang telah diberikan oleh Rasulullah kepada Abdul Rahman bin Auf dan juga kepada al-Zubayr untuk memakai sutera disebabkan kedua mereka menghidapi penyakit gatal kulit. Ulama Maliki pula berpendapat memakainya tidak harus walaupun kerana tersebut. Ternyata pendapat mereka bercanggah dengan hadith yang tersebut.
Mengikut pendapat ulama’ hanafi seseorang wali makruh memakaikan emas, atau perak atau sutera kepada anak lelakinya kerana pengharaman bahan-bahan tersebut telah sabit kepada golongan lelaki. Apabila ia haram dipakai ia juga haram dipakaikan sebagaimana arak,haram diminum maka memberi minum juga haram.
Pndapat yang lebih tepat dikalangan Ulama’ Hanbali juga berpendapat adalah haram seseorang wali memakaikan kanak-kanak lelakinya dengan sutera, berdasarkan sabda Nabi telah menyebut:

Terjemahan: diharamkan pakaian sutera ke atas kaum lelaki umatku dan dihalalkan kaum wanita mereka.

Abu Daud pula meriwayatkan kepada Jabir, katanya” Kami melucutkannya daripada kanak-kanak lelaki dan kami biarkannya dipakai oleh kanak-kanak perempuan.”

No comments:

Post a Comment