Santai

BAHAYA COCA-COLA
 
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan
SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
  1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang samasekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
  2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jamdan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
  3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
  4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu.

Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dala masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.


__________________________________________________________________



9 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki
Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah maafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

__________________________________________________________________



AMALAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

Sektor Kebahagiaan Rumahtangga



No comments:

Post a Comment